Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah mencerakin secara mendalam sejarah dan makna nasionalisme dan revolusi dalam perjuangan menegakkan negara dan bangsa merdeka di Malaysia dan Indonesia pada kurun ke-20. Ia terhasil daripada penelitian lanjutan oleh beberapa orang penyelidik dan pendidik ilmu sejarah dari kedua-dua buah negara. Selain penemuan baru, buku ini mengajukan pandangan dan kesimpulan yang mencabar kebijaksanaan semasa tentang makna bangsa, kebangsaan, nasionalisme, kemerdekaan dan revolusi dalam sejarah politik kedua-dua negara. New Paperback First Edition 301 pages with a bibliography and an index