Pramoedya Ananta Toer ialah salah seorang sasterawan Indonesia yang penitng dalam angkatan 45. Beliau merupakan penulis prosa terpenting dalam zaman itu, bukan sahaja kerana luasnya persoalan yang dikemukakan dalam semua karya kreatifnya malah nilai karya-karyanya yang ternyata istimewa dan tinggi mutunya. Kajian terhadap Pramoedya Ananta Toer bermaksud mengikuti tanggapan pengarangnya terhadap dunia luar, menganalisis dunia pengalaman dan pemikiran seorang pengarang besar dirantau ini. Pramoedya merupakan salah seorang penulis prosa yang besar yang mengupas masalah-masalah dasar manusia yang melahirkan fiksyen yang padat, kayat dengan pengalaman manusia, menarik dan menghalusi rasa kemanusiaan. Dalam konteks inilah Pramoedya mencipta tokoh-tokoh yang bersifat "revolutionary hero". Paperback 219 pages
Weight: 0.3 kg Post free within Malaysia
Published by: Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia 1996
Condition: Apart from some dirts on the cover, the book looks new.