Pulau Pinang pernah menjadi jajahan takluk Kedah sehinggan 1786 apabila pulau ini diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Menjelang 1804 Seberang Perai turut menjadi sebahagian dari negeri Pulau Pinang. Namun hubungan akrab antara kedua-dua negeri terus terjalin dengan Kedah menerima pelaburan dari Pulau Pinang sementara dari segi sosial pengaruh Kedah dapat dilihat melalui dialek Melayu Pulau Pinang. Hubungan ini juga dapat dilihat melalui perniagaan haji di Pulau Pinang yang turut menjangkau ke Kedah sementara Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid yang memerintah Kedah antara 1882-1943, turut menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan hubungan Kedah-Pulau Pinang. 305 pages with an index. New Paperback
Weight 0.5kg. Post free within Malaysia